Sukma Selangor Logo

MENGENAI

Sukma Selangor Logo

Bahasa

Media Sosial

Mascot Man

MENGENAI KAMI

Mascot Female
Background Pattern
Mesej Daripada EXCO Belia

YB Tuan Najwan
Bin Halimi

EXCO Belia, Sukan Dan Keusahawanan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA XXII & PARA SUKMA Selangor 2026

SUKMA bukan sekadar acara sukan dwitahunan, tetapi medan perjuangan yang membentuk masa depan atlet muda negara. Di sinilah lahirnya juara, dan semangat juang disemai. Temasya ini bukan sekadar gelanggang sukan, tetapi medan menanam keyakinan, memupuk ketahanan rohani dan fizikal, serta membentuk insan berwibawa yang kelak akan mengharumkan nama Malaysia di persada sukan tanah air mahupun antarabangsa.

SUKMA merupakan temasya sukan peringkat kebangsaan terbesar negara yang menjadi medan pertemuan atlet-atlet muda terbaik dari dalam negara. Ia tidak hanya sekadar pertandingan, bahkan menjadi sebuah arena yang membentuk jati diri, disiplin, kepimpinan dan semangat kesukanan yang tinggi. Temasya ini turut menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk atlet, pegawai teknikal, pentadbir sukan, pengamal media, pencinta sukan tanah air serta rakan penaja yang komited menyokong pembangunan sukan negara.

'Rentak Kita, Aksi Kita'

SUKMA XXII dan Para SUKMA

Selangor 2026

YB Tuan Najwan Bin Halimi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, SUKMA dan PARA SUKMA akan dianjurkan di Negeri Selangor.

Penganjuran SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026 ini sesungguhnya membawa erti yang cukup besar kepada Negeri Selangor, kerana sukan dwitahunan ini akhirnya kembali ke bumi bertuah ini, buat kali kedua sejak terakhir pada tahun 1998.

SUKMA merupakan temasya sukan peringkat kebangsaan terbesar negara yang menjadi medan pertemuan atlet-atlet muda terbaik dari dalam negara. Ia tidak hanya sekadar pertandingan, bahkan menjadi sebuah arena yang membentuk jati diri, disiplin, kepimpinan dan semangat kesukanan yang tinggi. Temasya ini turut menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk atlet, pegawai teknikal, pentadbir sukan, pengamal media, pencinta sukan tanah air serta rakan penaja yang komited menyokong pembangunan sukan negara.

Budaya hidup aktif dan bersukan adalah asas kepada pembentukan masyarakat sejahtera, berdaya tahan dan berfikiran maju. Sejarah telah membuktikan bahawa penganjuran SUKMA dan PARA SUKMA sentiasa menjadi medan lahirnya atlet bertaraf dunia yang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Sehubungan itu, saya menaruh harapan yang tinggi bahawa SUKMA XXII yang akan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026, serta Para SUKMA dari 5 hingga 14 September 2026, menjadi platform terbaik untuk mencungkil, membina dan melahirkan lebih ramai bakat sukan muda yang mampu melangkah jauh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dengan dokongan padu daripada semua, saya yakin penganjuran SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026 akan berlangsung dengan penuh kemeriahan, profesionalisme dan nilai kesukanan yang tinggi, dan ini akan memahat satu lagi episod SUKMA yang terlipat kemas dalam sejarah penganjurannya - In sha Allah.

'Rentak Kita, Aksi Kita'

SUKMA XXII dan Para SUKMA

Selangor 2026

CEO Sukma
Mesej Daripada CEO

YBHG. Dato' Mohd Yazid Bin Sairi

Timbalan Setiausaha Kerajaan Selangor (Pengurusan)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
SUKMA XXII & PARA SUKMA Selangor 2026

CARTA ORGANISASI
SELANGOR 2026

YAB DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

YAB DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK

YB TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI

YB TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI

PENGERUSI JAWATANKUASA PELAKSANA

YBHG. DATO' MOHD YAZID BIN SAIRI

YBHG. DATO' MOHD YAZID BIN SAIRI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

YBRS. TUAN MOHAMAD NIZAM BIN MARJUGI

YBRS. TUAN MOHAMAD NIZAM BIN MARJUGI

TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF/ KETUA PEGAWAI OPERASI

PUAN MAZURAH BINTI MOHAMED

PUAN MAZURAH BINTI MOHAMED

PENGARAH KANAN OPERASI, KEWANGAN & PENTADBIRAN

ENCIK NURUL HUSAIF BIN MOHAMMED HATTA

ENCIK NURUL HUSAIF BIN MOHAMMED HATTA

PENGARAH PENGURUSAN PROJEK

ENCIK AHMAD FAHIM BIN ROSLI

ENCIK AHMAD FAHIM BIN ROSLI

PENGARAH TEMASYA SUKAN

ENCIK SARAVANAN A/L NARAYANAN

ENCIK SARAVANAN A/L NARAYANAN

PENGARAH PEMASARAN & KOMERSIAL

ENCIK SLAMET SAZLY BIN YAKUB

ENCIK SLAMET SAZLY BIN YAKUB

PENGARAH MEDIA, DIGITAL DAN PENYIARAN

ENCIK ROZAINI BIN AHMAD

ENCIK ROZAINI BIN AHMAD

PENGURUS KANAN PERHUBUNGAN MEDIA

JAWATANKUASA KECIL

Sukma
Para Sukma